Khamis, 2 Jun 2011

Kelebihan Al-Quran

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :" لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ " أخرجه البخاري في فضائل القرآن
Daripada Abdullah bin Umar ra berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al-Kitab (ilmu al-Quran) oleh Allah, dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam . Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia bersedekah harta itu di tengah malam dan siang”.
Antara kelebihan Al-QUran ialah:
1.Perumpamaan orang Islam yang membaca Al-Quran adalah seperti buah Utrujjah yang barunya harum dan rasanya enak dan perumpamaan orang Islam yg tidak membaca Al-Quran pula adalah seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis.
2."Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isinya,ALLAH memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat satu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia.
3. "Barangsiapa yang membaca satu huruf Kitab ALLAH,maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda.Aku mengatakan Alif Lam Mim satu huruf,tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf serta Min satu huruf".
4.Orang yang membaca Al-Quran dan dia pandai membacanya maka nanti di akhirat akan dikumpulkan dengan para malaikat yang mulia,sedangkan orang yang membaca Al-Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala.
5.Fikiran menjadi jernih seperti bersih dari berfikiran negatif dan berprasangka buruk.
6.Hati menjadi tenang dan bahagia serta segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
7.Bebas dari perasaan takut,cemas dan sedih serta emosi mudah dikawal
8.Ingatan menjadi kuat dan tajam.
9.Memperolehi ketenangan dan kestabilan prikologi.
Setakat ni je sye share kat kalian semua!!

Tiada ulasan: