Jumaat, 3 Jun 2011

Apa itu KAWAN??

APA ITU KAWAN???KAWAN SEJATI??BESTFRIEND???NI NK KABOR KAT KORANG SEMUA APA ITU KWN..





JENIS-JENIS KAWAN:

IMAN AL-GHAZALI BERKATA KAWAN TERBAHAGI KEPADA 3>
1] Kawan pertama ialah kawan yang ada ilmu.Jika korang kwan dgn dia..dia selalu bgi ilmu dan nasihat kat korang.Iman AL-GHAZALI berkata jgn lepas kawan ini.Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
2] Kawan kedua pulak ialah kawan yang tiada ilmu.Tetapi kita yang ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.Iman AL-GHAZALI berkata jgn lepas kawan ini.Berkawanlah dgn kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia ,dia dapat melaksanakan perintah ALLAH.
3] Kawan ketiga pulak ialah kawan yang tiada ilmu.Kita ada ilmu tapi bile kita bgi ilmu kat dia,dia x terima dan bagi beribu2 alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.Iman AL-GHAZALI berkata jgn kawan dgn orang begini kerana tidak bermanfaat kepada kita dan dia.Ini kerana takut2 kita pulak yang terikut cara dan tingkah laku dia yang membawa kemaksiatan kepada ALLAH s.w.t.
Nabi s.aw. bersabda seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.
Kesimpulan hadis:-
Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.
Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini!!!


TAMAT DOH LA

Tiada ulasan: